Friday 7 November 2014

Tanda Kolesterol Tinggi

 Assalamualaikum semua...semalam group kami ada mengadakan kelas webinar iaitu kelas secara online. Tajuk webinar tersebut adalah Kolesterol Baik VS Kolesterol Jahat yang disampai kan ahli group kami jugak iaitu Nurru Adil seorang PTD. Banyak maklumat yang saya dapat dan baru tahu.. itu adalah keistimewaan group kami..masing-masing berebut untuk berkongsi ilmu. ok di entry kali ni saya plak nak kongsi ilmu yang saya dapat untuk anda semua. Sebelum tu nak tanya semua Kolesterol tu apa ya? Apa tanda Kolesterol tinggi? Semua pernah dengar Kolesterol kan?..Ramai di kalangan kita selalu mendengar perkataan kolesterol tetapi ramai yang tidak tahu kolesterol itu apa dan bagaimana kolesterol boleh mempengaruhi kehidupan kita. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan. Terdapat 2 jenis Kolesterol dalam darah iaitu Kolesterol Baik (HDL-High-density lipoproteins) dan Kolesterol Jahat (LDL- Low-density lipoproteins).


kesan kolesterol dalam badan


Bagaimana kita boleh dapat kolesterol? Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
 
Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.
Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

ubat kolesterol shaklee

Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
vitamin shaklee untuk kolesterol

Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Sekiranya anda menghadapi kesukaran anda boleh atasi dengan suplemen tambahan Shaklee.

Nak lagi info
Hubungi Saya Khadijah Abdullah,
FB Personal: Khadijahabd | ♥ ID 892674 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :0138369536 ♥ | whiteponyyy@yahoo.com

Bagi yang berada di kawasan Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah atau di kawasan yang berdekatan boleh lah COD dan dapatkan dari saya Pengedar Shaklee Di Bintulu Sarawak dan Pengedar Shaklee di Semporna Sabah. Stok sentiasa ADA untuk anda. Insya Allah servis TERBAIK hanya untuk anda. Khadijahbeautyshop hanya memberi yang terbaik untuk anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment